Thursday, September 3, 2009

Alih Perhatian Isu Tapak Kuil

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berusaha keras mengalihkan perhatian ramai daripada membincangkan isu pembinaan Kuil Hindu di Seksyen 23 kepada isu Perarakan Kepala Lembu oleh sebahagian penunjuk perasaan yang dikatakan penduduk Seksyen 23.

Laporan Harakahdaily yang aku petik lebih gemar menumpukan perhatian kepada Kepala Lembu berbanding bantahan yang dibuat berkaitan peralihan tapak kuil.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ingin menonjolkan isu kelakuan buruk penunjuk perasaan daripada isu sebenar yang lebih besar. Pembantah-pembantah digelar perusuh.

Mereka menggelar rakyat yang menentang sebagai rakyat yang kasar, biadap, tidak bertanggungjawab hanya kerana keputusan mereka dipersoalkan.

Kerajaan Pakatan Rakyat harus lebih rasional membuat keputusan dan mengambil sebarang tindakan untuk kebajikan dan keharmonian rakyat bagi jangkamasa panjang, terutamanya kepada penduduk-penduduk Seksyen 23.

Isu ini telah benar-benar dipolitikkan oleh pemimpin Kerajaan di Selangor.

Mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri, mencari dalang Tunjuk Perasaan dan memanjang-manjangkan isu dengan mengaitkannya dengan soal perkauman hanya akan menambah kerumitan dalam menangani isu sebenar yang dibangkitkan oleh penunjuk perasaan pada Jumaat lepas.

Apakah kesudahannya jika laporan dibuat kepada Polis, perdebatan antara Khalid Samad dengan Hishamuddin berlangsung tetapi perbincangan untuk menyelesaikan isu pemindahan tapak Kuil diketepikan?

Bila pula keputusan muktamad bagi menentukan kedudukan Kuil Hindu tersebut dapat dilakukan?

Aku berpandangan bahawa adalah lebih baik isu kuil berkenaan diselesaikan terlebih dahulu supaya kejadian-kejadian seperti yang berlaku Jumaat lalu dapat dielakkan daripada berulang. Lihat kepada kepentingan keputusan tersebut daripada melakukan siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh 4 pemimpin Pakatan Rakyat kepada pihak Polis.
Jika siasatan dibuat terhadap laporan tersebut maka akan tenggelamlah isu pembinaan Kuil Hindu dikawasan yang majoritinya dihuni oleh rakyat beragama Islam dan tentunya tidak akan menjanjikan keharmonian serta kesejahteraan penduduk pada masa hadapan.

Kepala Lembu: Laporan Polis terhadap Hishamuddin

PETALING JAYA, 3 Sept: Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor hari ini membuat satu laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya dengan 'memberi perlindungan' kepada kumpulan yang memprotes pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah Petaling Jaya tengahari tadi diketuai Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Turut serta membuat laporan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan 21 pemimpin pakatan rakyat lain.

Mereka mendakwa Hishamudin melalui kenyataannya semalam telah mengganggu siasatan yang sedang dijalankan pihak polis terhadap kumpulan penunjuk perasaan yang mengarak serta menendang kepala lembu di hadapan bangunan Sekriteriat Kerajaan Negeri Selangor SUK 28 Ogos lalu.

Khalid cabar Hishammuddin bersemuka

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.

"Kalau betul Hishammuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir berjumpa dengannya supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata beliau.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari.

Beliau menyifatkan menteri itu seolah-olah mengiakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

Hishammuddin dilaporkan telah mengadakan dua pertemuan tokoh-tokoh Umno termasuk dari Seksyen 23 Shah Alam dan wakil-wakil NGO Melayu.

Mereka dilaporkan sebagai "peserta" tunjuk perasaan yang dianggap menghina penganut agama Hindu itu.

Menjejak dalang di sebalik kepala lembu berdarah

SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.

Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23.

Bagi menganalisanya, klik video youtube digunakan sebagai rujukan.

Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS).(gambar bawah)

Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain.

Fikir-fikirkanlah wahai Pemimpin Islam Pakatan Rakyat.

No comments: