Thursday, September 10, 2009

SUDAHKAH PAS MENILAI PERJUANGAN ISLAM PARTI-PARTI GABUNGAN PAKATAN MEREKA


Sebelum aku mengulas kata-kata kepimpinan tertinggi PAS aku mempelawa atau mencadangkan pembaca meneliti semula kandungan berita yang disebarkan oleh Harakahdaily, portal rasmi PAS.

PAS tolak kerjasama politik dengan Umno
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah.
Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.
"Jika Najib maksudkan mahu berunding dengan PAS untuk mengadakan hubungan dari sudut politik, saya ingin tegaskan kita tolak kerana sejak tahun 1999 hingga 2008 sudah ada hubungan politik antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Hubungan politik yang kita (PAS) bina antara DAP dan PKR dalam konteks demokrasi untuk menghadapi pilihan raya sudah terbukti berjaya hingga membentuk kerajaan di lima buah negeri.
"Selain kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, hubungan politik antara PAS, DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat juga sudah membuktikan kejayaan dalam tujuh daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2008 hingga kini," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.
Beliau juga menegaskan kerjasama politik dengan pihak selain Pakatan Rakyat - Umno atau pihak-pihak lain - tidak perlu diadakan.
PAS, tegas Mustafa, tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dan diterima rakyat sebaliknya bersedia untuk menerima Umno jika parti itu mahu bersama menyertai Pakatan Rakyat.
"Apakah Umno sanggup tinggalkan Barisan Nasional (BN) yang semakin rapuh untuk menyertai Pakatan Rakyat yang kian kukuh?" soal beliau.
"Kita (PAS) mahu pilihan raya di negara ini telus dan adil dan kerana itu kita mahu SPR menghormati hak-hak pengundi," kata beliau.
Ketika diminta mengulas peluang untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut, Mustafa menjelaskan PAS mempunyai peluang untuk menang tetapi mengakui ia bukan satu perkara yang mudah kerana faktor undi pos yang berjumlah 5,000 di Dun tersebut yang selalunya akan berpihak kepada BN.
KOMEN PEMBACA
1. Tak perlu berunding...umno penuh dengan muslihat. - Anak Jati PAS.
2. Jangan layan sebarang usaha nak dekatkan PAS dengan UMNO, parti yang ditolak oleh orang Melayu yang celik hati. Biarlah orang-orang yang gelap mata hati kepada kebenaran dan Islam yang tinggal sementara tunggu ia mereput. Ajakan Najib yang tengah terdesak dan penuh muslihat untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. - Nizam, KL.
3.Perjuangan UMNO sebenarnya telah terasasar jauh kerana perjuangan berdasarkan bangsa 'assobiah' yang diwarisi dari penjajah (sekular) sememangnya dilarang oleh Rasulluah saw. Lihat pada hari ini UMNO seolah-olah tiada arah perjuangan(tidak tentu arah) dan tiada kekuatan kerana setiap dari mereka hanya berjuang untuk mengejar duniawi semata-mata (keuntungan diri). Oleh itu apa sahaja agenda atau slogan yang terbaru 'One Nation' itu semuanya seolah-olah tidak bermakna malah dari segi perlaksanaannya bercanggah dari slogan tersebut kerana UMNO sendiri masih melakukan dan membakar semangat perkauman. Sedangkan Allah swt memastikan sebagai pemimpin Islam kita mesti mempamerkan Akhlak Islam iaitu dengan berlaku adil walaupun kepada golongan bukan Islam terutama sekali kepada Kafir Zimmi dan mereka yang simpati dengan perjuangan Islam. Lagi pula Islam bukan agama untuk satu bangsa sahaja. Maka sudah jelas disini dasar perjuangan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS jauh berbeza dengan perjuangan UMNO umpama air dengan minyak sampai bila-bila tidak boleh bercampur oleh itu saya menyokong penuh bahawa tidak perlu diwujudkan kerjasama antara PAS dengan UMNO sampai bila-bila kecuali mereka kembali kepada dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulluah saw. bukan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian ajaran Islam.Mes3, Batu Pahat.
Runding royalti boleh, runding politik isu lama - Nik Aziz
KOTA BHARU, 9 Sept: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima baik jika Perdana Menteri mahu berunding dengan PAS untuk membolehkan royalti minyak diberikan kepada Kelantan.
Tetapi, beliau menolak rundingan politik antara PAS dengan Umno dan menyifatkan ianya perkara lama.
Nik Aziz ketika diminta memberi respon berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.
Beliau juga menyifatkan pelawaan Najib itu sebagai isu lama yang sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.
"Itu cerita lama. Nak berunding apa lagi? Kalau nak jaga Islam lebih baik dia (Umno) buat sebagaimana yang disebut. Tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Barulah benar-benar nampak yang kita ni ikhlas dengan Islam," tegasnya.
Kata Nik Aziz, Kelantan di bawah pemerintahan PAS sudah hampir 20 tahun mengamalkan dasar Islam dan berjaya mendidik rakyat untuk menuruti ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw.
"Tapi setiap kali berlakunya pilihanraya kita akan masuk kerana PAS ni bawak Islam di seluruh dunia. Jadi di mana sahaja ada ruang untuk sebar Islam, kita akan guna. Bila ada pilihanraya, kita boleh sampaikan ISlam melalui ceramah dan kempen kita," katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Kota Darul Naim, di sini, semalam. 
PAS tidak akan bersama Umno pertahankan perkauman
KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.
Naib, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.
Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.
Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.
Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.
"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.
Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.
"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.
................
"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.
"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.
Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.
"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin.
KOMEN PEMBACA
1. Harap para pimpinan pas akan berhati-hati dengan najib...awas muslihat UMNO. - Teropong Jauh.
2. Betul kata Naib Presiden...isu perkauman bukan mainan PAS...dalam pru-13 ayuh semua ketepikan UMNO buat selama-lamanya. - ADI, GOMBAKK.
3. Mari kita lihat apoa kata najib dan muhyiddin selepas respons naib presiden ini...mesti cakap pusing punya. - Jamil, Kuantan.
4. Ini semua auta punya cerita...itu najib memang nak main saiko...awas semua. - Surady,Meru.
5. Perjuangan UMNO sebenarnya telah terasasar jauh kerana perjuangan berdasarkan bangsa 'assobiah' yang diwarisi dari penjajah (sekular) sememangnya dilarang oleh Rasulluah saw. Lihat pada hari ini UMNO seolah-olah tiada arah perjuangan(tidak tentu arah) dan tiada kekuatan kerana setiap dari mereka hanya berjuang untuk mengejar duniawi semata-mata (keuntungan diri). Oleh itu apa sahaja agenda atau slogan yang terbaru 'One Nation' itu semuanya seolah-olah tidak bermakna malah dari segi perlaksanaannya bercanggah dari slogan tersebut kerana UMNO sendiri masih melakukan dan membakar semangat perkauman. Sedangkan Allah swt memastikan sebagai pemimpin Islam kita mesti mempamerkan Akhlak Islam iaitu dengan berlaku adil walaupun kepada golongan bukan Islam terutama sekali kepada Kafir Zimmi dan mereka yang simpati dengan perjuangan Islam. Lagi pula Islam bukan agama untuk satu bangsa sahaja. Maka sudah jelas disini dasar perjuangan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS jauh berbeza dengan perjuangan UMNO umpama air dengan minyak sampai bila-bila tidak boleh bercampur oleh itu saya menyokong penuh bahawa tidak perlu diwujudkan kerjasama antara PAS dengan UMNO sampai bila-bila kecuali mereka kembali kepada dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulluah saw. bukan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian ajaran Islam.-Mes3, Batu Pahat.
6. Jangan layan sebarang usaha nak dekatkan PAS dengan UMNO, parti yang ditolak oleh orang Melayu yang celik hati. Biarlah orang-orang yang gelap mata hati kepada kebenaran dan Islam yang tinggal sementara tunggu ia mereput. Ajakan Najib yang tengah terdesak dan penuh muslihat untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. -Nizam, KL.
7. Awas! Tidak mustahil orang seperti Najib akan menggunakan akta darurat seluruh negara di ambang kejatuhannya nanti iaitu pada PRU 13. Itu mungkin senjatanya yang terakhir bagi menidakkan PR mengambil alih pemerintahan negara bertuah ini. Fikirkanlah. - Nuar, Taiping.
Nota: Semua artikel diatas aku petik dari Harakahdaily berkaitan penolakan PAS terhadap UMNO.
Aku kini mengajak pembaca...tidak kira dibawah parti mana, apa ideologi mereka dan sokongan kearah mana untuk menjawab soalan yang aku ajukan ini.
Apakah Nik Aziz, Mustapa Ali dan Salahudin Ayub dan kesemua yang berdaftar sebagai ahli parti PAS selesai menilai dan membuat keputusan berkaitan arah perjuangan parti-parti politik yang digandingi dalam Pakatan Rakyat?.
Aku kira memang semua itu telah dilakukan. Jika tidak masakan PAS dapat bekerjasama dengan DAP dan PKR dan hasilnya mereka dapat berkongsi kuasa pemerintahan dibeberapa buah negeri setelah selesai PRU12 yang lalu. Aku tak mahu mengulas prestasi pentadbiran mereka diruang ini.
Mengimbas kembali kata-kata ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut, mereka menolak UMNO dan menyatakan betapa mustahilnya UMNO dapat berunding apatah lagi untuk bekerjasama didalam politik.
Alasan mereka, UMNO tidak berpegang kepada Islam dan bersifat kebangsaan. UMNO juga dikatakan bersifat perkauman.

Aku bingung memikirkan alasan-alasan mereka. AKU DALAM DILEMA.
Jika benarlah UMNO bersifat kebangsaan, assabiah, kata mereka apakah parti PKR dan DAP itu berjuang diatas landasan agama Islam,,,TIDAK PULA BERSIFAT kEBANGSAAN. Jika Melayu UMNO tidak perjuangkan Islam apakah Melayu PKR telah terbukti PERJUANGAN ISLAM mereka?
Apakah ini semua diberi perhatian oleh PAS. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi PAS memberI alasan lain yang aku sendiri tak pasti mahu menerima tau tidak.... kerjasama PAS bertujuan mahu mendidik PKR dan DAP corak kehidupan Agama Islam.
Teruk sangatkah Melayu Islam UMNO berbanding Melayu Islam PKR...dan ada juga Melayu Islam dalam DAP sehingga langsung tidak boleh dibawa berunding? 
Jijik sungguh Islam UMNO dimata PAS. Hingga ketahap Nik Aziz siap sedia menghukum ahli-ahli UMNO dengan kenyataan menjadi ahli UMNO tidak masuk SYURGA.
Maka wajarkah aku menyertai PAS yang menjanjikan SYURGA.
Aku ingin berterus terang....dulu aku dijanjikan habuan jawatan sekiranya berada disatu kelompok dalam UMNO, tetapi aku menolak dan sehingga kini aku menjauhkan diri dari kelompok mereka. 
Mudahnya...aku ini Politik atas pagar.
Aku tidak berparti..... Soalnya...apakah Islam aku yang tidak berparti ini dapat diterima Allah? Bagaimana nasib umat Melayu Islam di Malaysia ini yang tidak langsung ambil tahu hal ehwal politik dan tidak berparti samada PAS, PKR, UMNO atau apa sahaja parti siasah yang wujud di Malaysia ini?. Kategori mana hendak ditempatkan mereka ini? SYURGA ATAU NERAKA. PERJUANGAN ISLAM SEBENAR ATAU ASSABIAH (KEBANGSAAN)?
Aku tak mahu mengkaji berapa jumlah keahlian orang Melayu Islam didalam sesuatu parti. Tetapi aku percaya lebih dua pertiga akan tersisih dari SYURGA dan dicop pejuang KEBANGSAAN oleh PAS. 
Tidakkah jika kata-kata ketiga-tiga pemimpin PAS ini meresahkan mereka? AKU JUGA TERGOLONG DALAM KELOMPOK MEREKA.
Jawablah wahai Tuan Guru, Ulama dan cerdik pandai Islam dalam barisan Parti Islam SeMalaysia.

Pembaca-pembaca Harakahdaily..... BANTULAH AKU MENEMUKAN JAWAPANNYA. AKU MENUNGGU DENGAN PENUH DEBAR AKAN HARI SELEPAS KEMATIANKU.

No comments: