Sempena Aidilfitri ini aku ingin menyorot kata-kata dari Tuan Guru Hj Hadi Awang yang menyampaikan Perutusan Aidilfitri melalui laman webnya untuk dihayati oleh para pembaca.
Sebelum aku terus mengulas perutusan Presiden PAS itu, terlebih dahulu aku memohon maaf andainya apa yang aku tulis ini menyinggung, menyakitkan dan mengguris mana-mana hati.... pemimpin baik di Peringkat Negara, Negeri, Daerah, Mukim dan Kampung-kampung. Aku ingin menyampaikan salam Selamat Aidilfitri kepada semua mereka dan juga para pembaca yang mengikuti tulisan dan ulasan aku ini. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, moga kesejahteraan sentiasa bersama Umat Islam diseluruh dunia khasnya di Malaysia.
"Allah menegaskan dalam Al Quran mengenai hubungan baik di antara pemimpin dan rakyat. Cara untuk menyatukan manusia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang ialah dengan memerintah secara adil menurut ajaran Al Quran. Allah melarang dan mengutuk sekeras-kerasnya mereka yg mengambil petunjuk lain daripada Al Quran dalam menyelesaikan permasalahan.
Orang yang bertakwa ialah orang yang menjadikan Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan dalam seluruh aspek kehidupan termasuk dalam hal pentadbiran negara.
Bangsa yang berjaya berpegang teguh kepada petunjuk dalam Al Quran dan sunah Rasululllah S.A.W.
Sorot kembali sirah dahulu yang menunjukkan bangsa Arab yang asalnya miskin, buta huruf, dan penuh dengan sifat negatif, kemudiannya berubah menjadi kuat setelah menerima Islam namun akhirnya kembali menjadi lemah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka".
Inilah antara lain perenggan-perenggan perutusan Haji Hadi didalam laman web beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment