TELOK KEMANG, 5 Sept: Para pemimpin PAS Negeri Sembilan bersama dengan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa adalah antara orang ramai yang memberikan penghormatan terakhir kepada Adun Bagan Pinang, Azman Mohd Nor yang meninggal dunia petang semalam.
Husam bersama dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar serta Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang, Ramli Ismail mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan malam tadi.
Husam yang bergegas dari Kuala Lumpur sampai menjelang jam lapan malam di Tanah Perkuburan Islam Bagan Pinang, Teluk Kemang. Ketika itu, jenazah masih dalam perjalanan ke tanah perkuburan Islam itu.
Sejurus kemudian, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad tiba bersama anaknya, Mohd Najib. Mohd Isa adalah Ketua Umno Cawangan Bagan Pinang di samping Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang. Dan sejurus selepas itulah, menjelang jam 8 malam jenazah sampai.
Ketika jenazah sedang dikebumikan, rombongan Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan tiba diikuti beberapa exco kerajaan negeri.
Namun tidak ada seorang pun tokoh Umno dari Pusat tiba.
Husam sememangnya mempunyai program di Teluk Kemang semalam. Ia telah dirancang beberapa bulan lalu lagi. Beliau mengambil peluang untuk menziarahi jenazah Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Beliau dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira jam lapan malam.
Ekoran kematian Azman, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil di kawasan itu dalam masa 60 hari. Dalam pilihan raya umum 2008, Azman mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.
Dari lapan peti undi, PAS menang tiga iaitu di kawasan majoriti India.
Faktor penentu di kawasan ini adalah undi pos yang mempunyai pengundi seramai lebih 5,000 orang.
Nota:
Aku petik dan sunting sedikit artikel ini kerana ada beberapa butiran kira kurang penting untuk didedahkan.
Ulasan Aku:
a) Dalam hal-hal kematian begini aku harap mereka yang berkenaan ketepikan dahulu soal berpolitik.
b) Doakan saja Arwah mendapat keredhaan Allah. Itu tujuan utama ziarah dilakukan.
c) Kalau diperhatikan dari kenyataan yang aku 'Highlight' semua orang tahu mengapa Husam cepat sampai dilokasi berkenaan. Itulah yang aku katakan 'mengambil kesempatan berpolitik'.
d) Berita ini meracun bakal pengundi dengan menimbulkan persoalan mengenai jumlah 'Undi Pos' (mungkin undi ini yang menyebabkan PAS tewas).
No comments:
Post a Comment