IPOH, 1 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Perak, V.Sivakumar akan tetap meneruskan sidang DUN esok biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan injunksinya.
Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif) untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN esok.
Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Oktober depan untuk kes tersebut didengar semula. Ujarnya, keputusan mahkamah itu bukan alasan untuk beliau dan kesemua ADUN tidak bersidang esok.
"Saya tetap akan teruskan persidangan esok seperti dirancang. Walaupun tak berjaya dapatkan injunksi, itu bukan alasan untuk mereka menghalang ADUN buat kerja. Halang ADUN buat kerja adalah salah di sisi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas selesai kes tersebut didengar. (Laporan Harakahdaily.net pada Isnin )
Nampaknya bekas Speaker DUN Perak ni masih lagi ketegaq. Gila kuasa. Dah meroyan dan ketagih nak bersidang. Tak mendengar kata. Kalau mendengar kata pun aku tak tau kata-kata siapa yang didengarnya?.
Kalau dah mahkamah menolak injunksi kenapa harus berdegil?
"Halang ADUN buat kerja adalah salah di sisi undang-undang" Ini petikan kata-kata Sivakumar.
Tetapi adakah melanggar ketetapan Mahkamah tidak melanggar undang-undang. Yang aku tau ia juga satu kesalahan. Tapi di pihak Sivakumar aku tak tau lah. Mungkin tidak salah... justeru beliau mahu meneruskan Sidang. Dimana..? Didalam Dewan tidak dibenarkan.....
Dah agak lama tak mendengar kekecohan dalam pergolakan politik di Perak. Ini episode terbaru dan mungkin akan terus berlanjutan…sampai bila belumlah kita pasti.
Aku cukup bimbang…sudahlah Pilihanraya Kecil tak sudah-sudah dilangsungkan, krisis politik Perak kini akan disemarakkan lagi oleh tindak-tanduk bekas Speaker DUN Perak ini pula.
Ia tentu akan tambah kusut apabila gerombolan pemimpin dan penyokong Pakatan ikut sama menyemburkan minyak kedalam api persengketaan politik Perak.
"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, kita tunggu dan lihat sahaja esok," Ini kata-kata akhir Sivakumar mengikut laporan berita yang aku petik.
JADI…SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT KESUDAHANNYA.
Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif) untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN esok.
Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Oktober depan untuk kes tersebut didengar semula. Ujarnya, keputusan mahkamah itu bukan alasan untuk beliau dan kesemua ADUN tidak bersidang esok.
"Saya tetap akan teruskan persidangan esok seperti dirancang. Walaupun tak berjaya dapatkan injunksi, itu bukan alasan untuk mereka menghalang ADUN buat kerja. Halang ADUN buat kerja adalah salah di sisi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas selesai kes tersebut didengar. (Laporan Harakahdaily.net pada Isnin )
Nampaknya bekas Speaker DUN Perak ni masih lagi ketegaq. Gila kuasa. Dah meroyan dan ketagih nak bersidang. Tak mendengar kata. Kalau mendengar kata pun aku tak tau kata-kata siapa yang didengarnya?.
Kalau dah mahkamah menolak injunksi kenapa harus berdegil?
"Halang ADUN buat kerja adalah salah di sisi undang-undang" Ini petikan kata-kata Sivakumar.
Dah agak lama tak mendengar kekecohan dalam pergolakan politik di Perak. Ini episode terbaru dan mungkin akan terus berlanjutan…sampai bila belumlah kita pasti.
Aku cukup bimbang…sudahlah Pilihanraya Kecil tak sudah-sudah dilangsungkan, krisis politik Perak kini akan disemarakkan lagi oleh tindak-tanduk bekas Speaker DUN Perak ini pula.
"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, kita tunggu dan lihat sahaja esok," Ini kata-kata akhir Sivakumar mengikut laporan berita yang aku petik.
JADI…SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT KESUDAHANNYA.
No comments:
Post a Comment